LAPORAN LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN (SESI PETANG)


LAPORAN LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN


Tarikh : 02 Oktober 2014

Hari : Khamis

Waktu : 6.15 petang

Tempat : Padang (A) SMK Tun Haji Abdul Malek


Laporan :

Pada 02-10-2014 bersamaan dengan hari Khamis bertempat di Padang (A) SMK Tun Haji

Abdul Malek, satu sesi latihan kecemasan kebakaran telah diadakan pada pukul 6.15 petang.

Sebelum latihan dimulakan, satu lampiran Peta Laluan Latihan Kecemasan Kebakaran

dan Protokol Latihan Kecemasan Kebakaran telah dibekalkan ke setiap kelas dan kepada

semua kakitangan sekolah. Taklimat ringkas tentang latihan kecemasan kebakaran telah

disampaikan oleh En. Koh Kim Siong selaku Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan

Kebakaran.

Setelah dipersetujui oleh Pn. Zahrah Binti Abu Noh (GPK Petang), latihan kecemasan

kebakaran telah diadakan pada pukul 6.15 petang dengan deringan loceng yang panjang

dibunyikan. Guru-guru, kakitangan sekolah dan pelajar- pelajar tidak menunjukkan

komitmen yang baik apabila hanya dapat mengosongkan bangunan dalam masa 5 minit.

Setelah semua murid berjaya dikumpulkan, guru dan murid bekerjasama bagi memastikan

semua murid berjaya diselamatkan. Mengikut perancangan awal, 5 orang murid

disembunyikan bagi menguji tahap kepekaan guru dan murid. Kelima-lima murid yang

disembunyikan berjaya dikenal pasti dalam masa yang singkat. (Sila rujuk lampiran)

Hasil latihan ini dianggap sebagai tidak berjaya kerana murid mengambil masa yang sangat

lama untuk berkumpul di tempat yang ditetapkan. En. Koh Kim Siong berharap murid lebih

serius menjalankan aktiviti ini memandangkan ia sangat penting bagi menghadapi situasi

kecemasan sebenar.

Apabila sesi latihan kecemasan kebakaran selesai, murid-murid dibenarkan pulang pada jam

6.40 petang.


Disediakan oleh,

(ROSMAWATI BINTI ISHAK)

AJK Keselamatan Kebakaran Sesi Petang