LDP FrogAsia VLE Untuk Guru-Guru SMKTHAM 24 sehingga 25 Februari 2014 Makmal Komputer SMKTHAM |
Dengan kesedaran tentang kepentingan dan keperluan guru-guru tentang pengenalan 1 platform pendidikan masa depan iaitu FrogAsia VLE yang menghubungkan lebih 5 billion pelajar dan 4.5 billion ibu bapa dengan 500,000 guru, Unit ICTL SMKTHAM telah merangka satu program untuk memperkenalkan dan menggalakkan guru dan pelajar menggunakan FrogAsia VLE dalam pengajaran dan pembelajaran seharian.
Untuk peringkat pertama, Unit ICTL telah mengadakan LDP untuk guru-guru. Selama 2 hari berturut-turut guru-guru telah dibimbing oleh fasilitator-fasilitator yang terlatih. Secara keseluruhannya, semua guru telah berjaya mewujudkan "dashboard" masing-masing dan bersedia menggunakan FrogAsia VLE untuk PdP akan datang.
Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakam sepanjang aktiviti ini dijalankan.
Tuan Pengetua juga tidak ketinggalan menyertai aktiviti guru ini |
Fasilitator memberi tunjuk ajar kepada guru |
Wajah ceria guru semasa LDP |
Terima kasih kepada semua penceramah; Puan Hoo Miew Lin dan Puan Mariani bersama fasilitator-fasilitator (Puan Azlinda, Puan Azura, Puan Khalijah dan Puan Sakinah). Semoga program ini telah dapat membantu PdP seharian di SMKTHAM