Pada hari ini telah bermulanya pelaksanaan Program Pengantarabangsaan SMKTHAM ke Jambi dan Palembang. Program ini telah dirangka dan disiapsedia sejak 2 bulan yang lalu. Pelbagai perjumpaan dan taklimat telah diadakan bagi memastikan kelancaran program ini. Program ini telah disertai oleh 30 orang guru termasuk Tuan Pengetua dan seorang jemputan pengetua dari SMKST. Walau bagaimana pun, pada hari ini kumpulan delegasi hanya disertai oleh 26 orang sahaja berikutan masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan. Rombongan delegasi telah memulakan perjalanan dari SMKTHAM ke KLIA2 pada jam 3.30 pagi menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari SMKTM. Semua ahli deligasi klihatan sangat bersemangat dan bertenaga dalam usaha mengumpulkan ilmu dan pengalaman yang bakal dikutip dan dipraktikkan dari tempat lawatan kelak. Suatu yang berat telah dipikul oleh setiap ahli delegasi. Tepat jam 6.00 pagi, semua delegasi tiba di KLIA2 walaupun beberapa kali telah tersesat. Setibanya di KLIA2, semua delegasi menyempurnakan solat Subuh dan solat sunat musafir sebelum berkumpul kembali untuk bersarapan pagi. Ucapan terima kasih kepada AJK yang bertungkus lumus menyediakan sarapan yang sungguh enak dan menyelerakan.
Tepat jam 7.00 pagi, semua delegasi bergerak ke kaunter pendaftaran masuk dan kaunter pemeriksaan kastam. Tiada sebarang masalah kritikal berlaku sepanjang sesi pemeriksaan dan semuanya berjalan lancar sehinggalah kami semua mendarat di Lapangan Sultan Mahmus Badaruddin II, Palembang.
Setibanya kami di sana, kami telah disambut oleh wakil pengangkutan iaitu Pak Zainal. Pak Zainal sangat peramah dan lemah lembut. Beliau berjaya menghubungkan AJK lawatan dengan Pejabat Wali Kota di Jambi. Rundingan antara AJK dan Wakil Wali Kota Jambi berlangsung di saat kami tiba sehinggalah sepanjang perjalanan kami ke Jambi. Perjalanan dari Palembang ke Jambi mengambil masa tidak kurang dari 9 jam dengan pengangkutan darat. Kami tekad meneruskan perjalanan walaupun perut mulai berkeroncong. Ini kerana, kami ingin tiba di Jambi sebelum hari gelap. Dalam perjalanan ke Jambi, kami hanya singgah di Restoran SEDERHANA masakan Padang dan kedai telefon untuk membeli keperluan perhubungan.
Kami tiba di hotel penginapan pada jam 9.00 malam. Setelah berehat dan menunaikan solat, kami semua di bawa ke Restoran Bambu untuk menikmati makan malam. Sesungguhnya keenakan makanan di Jambi sangat memuaskan. Setelah makan malam, kami di bawa mengelilingi Pekan berhampiran. Tiada yang banyak dapat dilihat ahli deligasi memandangkan hari hujan manyukarkan kami bergerak bebas. Jam 10.00 malam, ahli deligasi pulang ke hotel dan bersiap sedia untuk aktiviti hari esok.