Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Tahun 2014


INFO RINGKAS PERISTIWA NUZUL AL-QURAN

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


SAMBUTAN PERISTIWA NUZUL AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 18 Julai 2014

Hari    : Jumaat 

Tempat : Dewan Terbuka dan Anjung Koperasi

Jemputan  : Semua warga SMKTHAM

Aturcara   : Bacaan Yasin 
               : Ucapan Aluan Oleh Tuan Pengetua
               : Ceramah Dari Tetamu Jemputan
               : Penyampaian Cenderahati
               : Majlis Bersurai

Foto Sepanjang Majlis