Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek di tubuhkan pada tahun 1976. Lokasi pusat sumber pada waktu tersebut ialah di Blok B. Keluasan Pusat Sumber hanya satu bilik darjah. Pada tahun 1990 pusat sumber telah dipindah lokasinya di Blok C, tingkat paling bawah. Ini juga merupakan bilik darjah yang diubahsuai.