Satu keutamaan bagi semua warga SMKTHAM adalah mementingkan kecergasan dan kecerdasan fizikal bagi menjamin mental dan pembelajaran yang aktif dan berkesan. Seperti tahun 2014, acara SENAMROBIK tetap merupakan acara Mingguan bagi semua warga SMKTHAM. Pada tahun ini, penambahbaikkan telah diadakan dengan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi melancarkan program ini. Berikut adalah sebahagian acara tersebut.
Terima kasih kepada Cikgu Farid dan Cikgu Khalijah bersama pasukan Senamrobik sekolah. Diharapkan lebih ramai lagi pelajar yang merebut peluang menjadi sebahagian instruktor senamrobik sekolah.